Memanah Tradisional

Cari Fokus, Bina Kekuatan. Lepaskan Anak Panah Pertama Anda! Sertai KERAMAT, tempat di mana ketenangan minda dan ketepatan bertemu. Terbuka untuk semua peringkat umur.

Kembali Kepada Akar

Mengenai Kelab Kami

KERAMAT ditubuhkan dengan matlamat untuk memartabatkan seni memanah yang berasaskan sejarah dan sunnah. Di KERAMAT, kami percaya bahawa memanah adalah lebih daripada sekadar sukan, ia adalah satu perjalanan spiritual dan fizikal. Sebagaimana pesanan Rasulullah SAW: "Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang, dan menunggang kuda."

Misi kami bukan sekadar melatih pemanah yang tepat sasarannya, tetapi juga melahirkan individu yang mempunyai ketenangan jiwa, disiplin yang tinggi, dan fokus yang tajam.

Kami komited untuk menghidupkan kembali sukan para anbiya’ ini dalam suasana yang moden dan kondusif. Kami sedia membimbing anda dari "zero" hingga mahir. Atur langkah, tegakkan busur, sertai sesi kami!

Gambar Pasukan Memanah

Kenapa Pilih Kami?

Jurulatih Berpengalaman

Bimbingan terus daripada pemanah berpengalaman yang menekankan adab dan teknik yang betul.

Peralatan Disediakan

Tidak perlu beli busur sendiri untuk datang kelas pertama anda, kami sediakan semuanya untuk beginner.

Komuniti Ukhuwah

Bukan sekadar kelab sukan, kami adalah keluarga yang membina ukhuwah sesama ahli.

Pucuk Pimpinan

Kepimpinan Utama Kelab Memanah Tradisional Masjid Mukim Padang Pak Amat

Pengerusi

Muhd Tamam

Presiden

Timbalan Pengerusi

Wan Hafiz

Timb. Presiden

Setiausaha

Abu Nazirulmubin

Setiausaha

Bendahari

Muhammad Firdaus

Bendahari

Jadual Latihan Mingguan

HARI JUMAAT SAHAJA

09:00 PAGI - 11:00 PAGI

"Sesi Memanah Sunnah & Pengukuhan Teknik"


Lokasi Latihan:

Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan

Sila hadir 15 minit awal untuk taklimat keselamatan & penyediaan busur.

Galeri Aktiviti

Soalan Lazim (FAQ)

Ya, kami menerima ahli dari pelbagai peringkat umur bermula dari kanak-kanak (7 tahun ke atas) sehingga dewasa.
Tidak perlu. Pihak kelab menyediakan set busur dan anak panah pinjaman untuk ahli baru semasa sesi latihan awal.
Yuran pendaftaran adalah RM10 untuk 1 keluarga dan yuran tahunan adalah RM20 seorang. Sila hubungi urusetia untuk maklumat terkini.
Latihan dijalankan secara tetap di kawasan lapang Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan.
Mestilah boleh! Majoriti ahli kami bermula tanpa pernah memegang busur pun. Jurulatih kami akan bimbing anda dari teknik asas cara berdiri, memegang string, hingga teknik pernafasan yang betul.
Anda boleh klik butang "Daftar" di bahagian atas laman web ini atau hadir terus ke lokasi latihan pada hari Jumaat pagi.