KONTINJEN KELANTAN CEMERLANG DI KMTK PERLIS 2026 β JOHAN
KATEGORI CILIK & REMAJA!
Alhamdulillah, Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) Perlis 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 & 31 Mei serta 1 Jun 2026 di UiTM Arau, Perlis, menghimpunkan pemanah tradisional terbaik dari seluruh Malaysia dalam suasana penuh semangat kesukanan dan warisan budaya.
Kejohanan berprestij ini berjaya menarik penyertaan ramai atlet memanah tradisional, komuniti pemanah, keluarga serta pengunjung yang hadir bagi memeriahkan acara sepanjang tiga hari berlangsung.
Lebih membanggakan, kontinjen Negeri Kelantan berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih gelaran Johan bagi kategori Remaja dan Cilik, sekali gus mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.
Kemenangan ini membuktikan bahawa usaha, disiplin latihan serta komitmen tinggi para atlet dan coach telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat kontinjen Kelantan, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus aktif dalam sukan memanah tradisional.
Sekalung tahniah kepada semua atlet yang telah berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan sepanjang kejohanan berlangsung. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada barisan pengurusan dan pegawai yang bertungkus-lumus menguruskan kebajikan serta perjalanan atlet-atlet sepanjang kejohanan. Tidak dilupakan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan pengorbanan untuk bersama-sama memberi sokongan kepada anak-anak sehingga kejayaan ini dapat dicapai.
Alhamdulillah, sepanjang tiga hari kontinjen kelantan berkampung di Perlis, pasukan Kelantan telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan. Pada hari pertama, kelantan berjaya merangkul satu pingat emas dan dua pingat gangsa bagi kategori dewasa. Pada hari kedua pula, pasukan cilik dan remaja berjaya menghadiahkan dua pingat emas dan satu pingat gangsa, sekali gus menobatkan Kelantan sebagai Johan Keseluruhan Kategori Cilik dan Remaja.
Kejayaan diteruskan pada hari ketiga apabila pasukan Kelantan sekali lagi berjaya meraih pingat emas dan pingat gangsa dalam Kejohanan Memanah 3D sempena KMTK Perlis 2026.
Pencapaian ini merupakan satu rekod baharu yang amat membanggakan buat pasukan kelantan kerana telah berjaya melonjakkan Kelantan ke kedudukan Tempat Ketiga Keseluruhan KMTK Perlis 2026. Ini membuktikan bahawa usaha, latihan dan kerjasama semua pihak selama ini telah membuahkan hasil yang membanggakan.
π SENARAI PEMENANG ATLET KELANTAN KMTK 2026
Kategori U15 (Lelaki)
- Johan β Thoriq Ziyad
- Tempat Ketiga β Badrisyam
- Tempat Ketujuh β Muhammad Aizul Azrai
Kategori U15 (Perempuan)
- Tempat Kesembilan β Awfa Faeqah
Kategori U17 (Perempuan)
- Tempat Kesembilan β Masturina Zulkifli
Kategori Dewasa (Lelaki) β Jarak 50 Meter
- Johan β Baihaqi
Kategori Dewasa (Perempuan) β Jarak 50 Meter
- Tempat Ketiga β Suliza
Kategori Dewasa (Lelaki) β Jarak 40 Meter
- Tempat Ketiga β Norhisyam Ismail
Kategori Berkumpulan U17 (Lelaki)
- Johan β Thoriq Ziyad, Badrisyam dan Muhammad Aizul Azrai
Kategori Berkumpulan U17 (Perempuan)
- Tempat Keempat β Asma', Masturina Zulkifli dan Awfa Faeqah
π PENCAPAIAN KESELURUHAN KONTINJEN KELANTAN
- Tempat Ketiga Keseluruhan Kategori Dewasa
- Johan Keseluruhan Kategori Cilik dan Remaja
- Tempat Ketiga Keseluruhan KMTK 2026 (Gabungan Kategori Dewasa, Cilik dan Remaja)
Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama seluruh atlet, jurulatih, pengurusan, sukarelawan dan ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen tanpa berbelah bahagi. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kita terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta mengangkat martabat sukan memanah tradisional Negeri Kelantan ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah Kontinjen Kelantan! π―
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua atlet, coach serta pihak pengurusan kontinjen.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kemenangan pada masa akan datang serta memperkukuhkan lagi arena memanah tradisional di Negeri Kelantan.
βTradisi Kita, Warisan Kita, Kebanggaan Kita!β